Carian

Selangkah Ke Hadapan Dengan ICT

>> Friday 1 January 2010

Jutaan terimakasih di tujukan kepada mereka yang mengilham penganjuran Pertandingan Mencipta Konsep Dan Melaksanakan Karnival Usahawan Dan ICT. Dengan bertemakan " Senang Dengan ICT " Karnival ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Seiring kejayaan karnival ini kami menerima banyak permintaan oleh beberapa agensi supaya mengadakan Karnival seperti ini ditempat mereka Melalui program ini juga Syarikat Qeddah Event Management telah memilih beberapa orang urusetia untuk menjawat jawatan dengan syarikat mereka sebagai Marketing & Event Co-ordinator. Berikut senarai langkah kanan kami selepas melaksanakan Karnival Usahawan & ICT Bertempat Di Felda Bukit Tangga Bukit Kayu Hitam Kedah Darulaman.


Kejayaan Di Peringkat FELDA

      FELDA BUKIT TANGGA akan menerima 20 buah komputer dari Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur untuk kegunaan masyarakat felda terutama golongan remaja yang masih baru dalam bidang ICT Selain itu, PID Bukit Kayu Hitam telah di cadangakan sebagai MENTOR kepada pusat info desa yang bakal beroperasi pada awal 2010.
      Melalui program ini juga telah menjadi satu program yang membantu pentadbiran Felda Bukit Tangga dalam menyatukan semula penduduk dari krisis dalaman yang berlaku sebelum ini dimana dapat di lihat majoriti peneroka telah kembali bersama felda dalam Satu Gagasan Satu Malaysia.


 

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP