Carian

Pengenalan Pusat Komuniti ITU-UUM

>> Thursday 31 December 2009

Penubuhan Pusat Komuniti ITU-UUM bermula awal 2009, iaitu hasil dari sumbangan Komputer sebanyak 8 unit dari SKMM untuk kemudahan komuniti. Pemilihan Kampung Tradisi Lembah Keriang bagi menerima kemudahan ini berdasarkan kemudahan asas yang sedia ada di sini bagi dijadikan sebuah Pusat Komuniti ICT serta kerjasama yang erat dari pihak JKKK Kg Tradisi Lembah Keriang sendiri yang bersedia menanggung segala kos operasi termasuk bil talian internet. Pusat ini telah ditempatkan dalam sebuah bilik yang boleh memuatkan 8 unit komputer desktop serta berada di kawasan Masjid sendiri. Ia diuruskan oleh seorang Pengurus dan Penolong Pengurus dari pihak ITU-UUM sendiri bagi menjalankan sebarang aktiviti latihan kepada komuniti.

Pusat Kecemerlangan International Telecommunications Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pasific telah memulakan operasinya pada 2 Januari 2007. Pusat ini memberikan perkhidmatan khusus kepada pembangunan masyarakat luar bandar merentasi rantau Asia Pasific. Teras aktiviti ITU-UUM adalah membekalkan program latihan eksekutif, gudang pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan, dan perkhidmatan perundingan. Peranan pembangunan ICT yang disediakan adalah seperti berikut:
a. Perkhidmatan dan Aplikasi: Termasuk e-kerajaan, e-perkhidmatan, e-demokrasi, Pengetahuan Digital
b. Dasar dan Perundangan: Merangkumi Pembangunan Polisi dan Pelan Kebangsaan, Harta Intelektual, isu-isu kejantinaan
c. Teknologi: Teknologi terkini termasuk wayar dan tanpa wayar, jalurlebar, operasi dan pengurusan rangkaian
Penubuhan Pusat Kecemerlangan di bawah Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) akan memberikan faedah yang cemerlang kepada negara-negara membangun. ITU-UUM juga menumpukan kepada pengurusan sumber manusia sedia ada di sektor awam, swasta atau institusi berkanun yang berkaitan dengan telekomunikasi dan sektor teknologi maklumat dengan tujuan membantu membangunkan negara-negara terbabit

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP