Pengenalan PID Bukit Kayu Hitam
>> Thursday, 31 December 2009
Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam Kedah telah mula beroperasi pada 3 November 2003 bersama 42 cawangan lain diseluruh negara. Ia ditubuhkan dibawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) yang kemudian ditukar kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Pada pertengahan tahun 2009 PID berada dibawah seliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) setelah Sektor Komunikasi telah berpindah ke Kementerian Penerangan hasil dari penstrukturan semula Kementerian pada pertengahan tahun 2009. Awal Penubuhannya ia bermatlamatkan Merapatkan Jurang Digital dikalangan masyarakat luar bandar dimana PID berperanan memberi latihan dan bimbingan ICT kepada komuniti luar bandar secara percuma. Pada tahun 2008 PID telah dinaiktaraf dengan memberi tumpuan kepada aspek keusahawanan dimana disamping program berbentuk ICT, PID juga berperanan membimbing komuniti luar bandar mempelajari berkenaan keusahawanan. Bagi tujuan itu sebuah kelab telah diwujudkan iaitu Kelab Usahawan Sosial PID Bukit kayu Hitam bagi menggalakkan para usahawan menggunakan kemudahan ICT bagi tujuan mempromosi produk dan sebagainya.
PID Bukit Kayu Hitam dilengkapi dengan 7 unit komputer peribadi dan 2 unit laptop untuk kemudahan pengguna. Setiap Komputer disambungkan dengan kemudahan internet serta kemudahan Wifi secara percuma. Ini sekaligus membolehkan penduduk sekitar Bukit Kayu Hitam khasnya dan pengguna amnya untuk mengakses maklumat. PID dikawalselia oleh seorang Pengurus dan dibantu seorang Penolong Pengurus yang dilantik oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi melatih dan membimbing komuniti.
0 comments:
Post a Comment