Carian

Keputusan Pemenang

>> Sunday 7 February 2010

Berita dari blog Karnival Usahawan & ICT

Cyberjaya, 8 Februari 2009. Majlis penutup Karnival Usahawan & ICT 2009 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menandakan satu lembaran baru kepada lebih banyak usaha konstruktif dalam merapatkan jurang digital dan mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Jutaan tahniah diucapkan kepada pemenang Karnival Usahawan dan ICT diantaranya adalah :

Medan Infodesa (MID) Felda Jerangau, Terengganu yang telah diiktiraf sebagai Juara Pelaksana Terbaik Karnival Usahawan & ICT 2009 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5000, sijil dan hamper.

Naib johan disandang oleh Pusat Internet Desa,ITU-UUM Bukit Kayu Hitam, Kedah. Pasukan ini turut memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3000, sijil dan hamper.

Tempat ketiga dimenangi oleh Pusat Internet Komuniti (P1) Chini Timur, Pahang dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1500, sijil dan hamper.

Karnival ini bertujuan meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam aktiviti harian komuniti luar bandar, menggalakkan perkhidmatan dan aplikasi kandungan tempatan serta melahirkan lebih ramai usahawan teknologi di kalangan masyarakat luar bandar.

Karnival Usahawan & ICT MSC Malaysia secara tidak langsung telah menjadi ejen penjana yang memfasiliti penyertaan komuniti dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh telcenter. Pada masa yang sama rangkaian telecenter dan ketua-ketua tempatan juga telah menunjukkan komitmen tinggi dalam pelbagai kerjasama yang telah terbina sepanjang berlangsungnya keenam-enam karnival oleh kesemua pemenang.

Read more...

Karnival Usahawan & ICT di TV1

>> Wednesday 13 January 2010

Tonton Video Karnival Usahawan & ICT di Felda Bukit Tangga yang disiarkan di Berita Perdana Segmen Peristiwa pada 12.1.2010.

Read more...

Kedatangan Pengunjung

>> Thursday 7 January 2010

Karnival Usahawan & ICT Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam berjaya dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti telah dijalankan. Berikut adalah senarai pecahan pengunjung yang berdaftar sepanjang karnival diadakan;

Pendaftarn cabutan bertuah  : 762 orang
Bengkel ICT : 36 orang
Bola sepak   : 160 orang
Mewarna     : 72 orang
Media          : 17 orang
Bengkel Usahawan : 19 orang
Peserta Pameran : 16 agensi
Peserta Usahawan : 25 usahawan
Peserta Explorace : 15 orang
Peserta sukaneka : 56 peserta
Peserta Audio dan Auto Show : 35 peserta
Peserta Peraduan Sudoku : 30 Peserta
Peserta Kira Jumlah Barang : 20
Peserta Derma Darah : 20 orang

Jumlah Keseluruhan yang berdaftar : 807 orang

* Jumlah Pengunjung yang sebenarnya adalah melebihi apa yang tercatat kerana pengunjung untuk sesi malam pertama dan kedua tidak direkodkan iaitu pada malam pertama diadakan persembahan Wayang Kulit secara Digital menggunakan paparan Skrin manakala malam kedua pula diadakan persembahan Warna-warni Audio Sistem Kereta yang menarik ramai pengunjung  untuk menonton persembahan yang diadakan.

Senarai Pengunjung adalah seperti berikut;



Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP