Carian

Perlaksanaan Karnival Usahawan & ICT

>> Thursday 31 December 2009


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan Karnival ini terutamanya MSC Malaysia yang memberi peluang kepada kami untuk mengadakan Karnival ini. Tidak dilupakan adalah penaja-penaja kami iaitu TM Kedah/Perlis, Pernec, Jesin Group dan e-Star Stationery Enterprise yang sudi menyumbang bagi menjayakan program ini. Juga Terima kasih kepada pihak Pengurusan Felda Bukit Tangga yang sudi membenarkan kami mengadakan Karnival ini di Padang serta Dewan Serbaguna Felda Bukit Tangga. Begitu juga terima kasih kepada pihak Universiti Utara Malaysia terutamanya pengurusan Makmal Bestari Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan yang sudi menyediakan Makmal Komputer bagi tujuan Bengkel ICT. Terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Majlis Daerah Kubang Pasu serta JKR Kubang Pasu yang turut menyediakan Khemah dan alatan lain dalam menjayakan Karnival ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut serta secara langsung atau tidak dalam sama-sama menjayakan karnival ini. Sesungguhnya sokongan yang diberikan ini amatlah kami hargai dan semoga kerjasama ni dapat diteruskan untuk program-program yang akan kami anjurkan di masa depan.



Karnival Usahawan & ICT ini adalah anjuran Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) bersama Pusat Komuniti ITU-UUM dengan kerjasama Felda Bukit Tangga. Program ini adalah satu inisiatif ICT Kebangsaan dari MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah keusahawanan dan ICT. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan ICT. Jesteru bagi menuju ke arah itu, program ini di harap menjadi satu titik anjakan kepada golongan sasaran ini untuk mengunakan peluang ini sebaik mungkin dalam mencapai matlamat dan misi penganjuran. Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan produk telah berjaya diadakan disamping acara yang sangat menyeronokkan peserta seperti sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, bengkel ICT, bengkel keusahawanan, pertandingan bolasepak  dan lain-lain.



Program ini dianjurkan sebagai sokongan terhadap kerajaan yang sentiasa melihat penduduk luar bandar ini sebagai satu komuniti yang perlu di beri perhatian sejajar dengan saranan Perdana Menteri yang mewujudkan konsep 1 Malaysia. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para peserta malah penduduk setempat dalam pendedahan ilmu keusahawanan dan ICT ini.



Program ini merupakan satu program pemangkin kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu laluan dalam pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT serta penglibatan secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan dan mewujudkan satu kuasa pembeli terhadap produk keluaran usahawan tempatan. Ia dapat membantu usahawan dalam mempromosikan produk keluaran mereka semasa jualan dan pameran seterusnya memperkenalkan produk masing-masing. Disamping itu bengkel keusahawanan dan ICT yang diadakan dapat memberi faedah yang besar kepada usahawan dalam mendalami ilmu keusahawanan dan ICT.


Karnival ini telah berjaya dilaksanakan pada 11 dan 12 Disember 2009 dimana melibatkan dua lokasi utama perlaksanaan. Lokasi yang dimaksudkan adalah Makmal Komputer Universiti Utara Malaysia yang digunakan bagi menjayakan Bengkel ICT serta Padang Awam Felda Bukit Tangga yang digunakan sepenuhnya sebagai tapak Karnival. Selain Bengkel ICT dan pameran serta jualan produk turut diadakan adalah seperti berikut;


Program Hari Pertama; 11 Disember 2009


Masa    ; 8.00 pagi hingga 6.30 petang

Bertempat di Makmal Komputer Universiti Utara Malaysia telah diadakan Bengkel ICT




Masa   :  8.00 pagi hingga 6.00 petang
Pertandingan dan peraduan ICT turut diadakan di booth urusetia dan PID. Antaranya adalah Peraduan Sudoku dan Peraduan Mengira Jumlah Barang ICT



Masa  : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Bertempat di ruang legar Dewan Serbaguna Felda Bukit Tangga berhampiran tapak Karnival telah dijalankan pertandingan Mewarna Kanak-Kanak yang berumur 12 tahun kebawah.



Masa  : 9.00 pagi hingga 7.00 petang
Bertempat di padang Bola Sepak bersebelahan Tapak Karnival telah berlangsung Perlawanan Bola Sepak 7 Sebelah dimana hadiah ditaja oleh TM. 



Masa   :  11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bertempat di Tapak Karnival telah di adakan beberapa aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak, ibubapa dan pengunjung karnival.



Masa   : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Bertempat di Bilik Mesyuarat Felda Bukit Tangga bersebelahan Tapak Karnival telah diadakan Bengkel Usahawan. Penceramah adalah dari MSC Malaysia, MARA dan SMIDEC.


Masa  :  4.00 petang hingga 6.00 petang
Bertempat di Tapak Karnival telah berlangsung acara sukaneka



Masa   : 8.30 malam

Bertempat di Tapak karnival telah diadakan acara persembahan Wayang Pacak


Program Hari Kedua; 12 Disember 2009



Masa   : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Bertempat di Ruang Legar Dewan Serbaguna diadakan Kempen Derma Darah oleh Hospital Jitra.





Masa  : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Booth urusetia dan PID mengadakan peraduan Sudoku dan Kira Jumlah Barang ICT





Masa  : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bertempat di Tapak Karnival telah diadakan acara sukaneka





Masa  : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bertempat di Tapak Karnival telah diadakan Pertandingan Explorace





Masa   : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Telah dijalankan acara Perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Johari b Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu. Turut hadir Pn. Faudziah Mohd Amin, Wakil KPKK dan En Andi Suswandi Wakil MSC Malaysia serta tetamu jemputan.






Masa  : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Bertempat di Tapak karnival telah diadakan Pameran dan Pertandingan Auto Show Kerata.





Masa  : 8.00 malam hingga 11.00 malam 
Bertempat di Tapak karnival telah diadakan acara pertunjukan warna-warni Audio Sistem Kereta.





0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP