Carian

Perlaksanaan Karnival Usahawan & ICT

>> Thursday, 31 December 2009


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan Karnival ini terutamanya MSC Malaysia yang memberi peluang kepada kami untuk mengadakan Karnival ini. Tidak dilupakan adalah penaja-penaja kami iaitu TM Kedah/Perlis, Pernec, Jesin Group dan e-Star Stationery Enterprise yang sudi menyumbang bagi menjayakan program ini. Juga Terima kasih kepada pihak Pengurusan Felda Bukit Tangga yang sudi membenarkan kami mengadakan Karnival ini di Padang serta Dewan Serbaguna Felda Bukit Tangga. Begitu juga terima kasih kepada pihak Universiti Utara Malaysia terutamanya pengurusan Makmal Bestari Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan yang sudi menyediakan Makmal Komputer bagi tujuan Bengkel ICT. Terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Majlis Daerah Kubang Pasu serta JKR Kubang Pasu yang turut menyediakan Khemah dan alatan lain dalam menjayakan Karnival ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut serta secara langsung atau tidak dalam sama-sama menjayakan karnival ini. Sesungguhnya sokongan yang diberikan ini amatlah kami hargai dan semoga kerjasama ni dapat diteruskan untuk program-program yang akan kami anjurkan di masa depan.



Karnival Usahawan & ICT ini adalah anjuran Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) bersama Pusat Komuniti ITU-UUM dengan kerjasama Felda Bukit Tangga. Program ini adalah satu inisiatif ICT Kebangsaan dari MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah keusahawanan dan ICT. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan ICT. Jesteru bagi menuju ke arah itu, program ini di harap menjadi satu titik anjakan kepada golongan sasaran ini untuk mengunakan peluang ini sebaik mungkin dalam mencapai matlamat dan misi penganjuran. Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan produk telah berjaya diadakan disamping acara yang sangat menyeronokkan peserta seperti sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, bengkel ICT, bengkel keusahawanan, pertandingan bolasepak  dan lain-lain.



Program ini dianjurkan sebagai sokongan terhadap kerajaan yang sentiasa melihat penduduk luar bandar ini sebagai satu komuniti yang perlu di beri perhatian sejajar dengan saranan Perdana Menteri yang mewujudkan konsep 1 Malaysia. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para peserta malah penduduk setempat dalam pendedahan ilmu keusahawanan dan ICT ini.



Program ini merupakan satu program pemangkin kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu laluan dalam pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT serta penglibatan secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan dan mewujudkan satu kuasa pembeli terhadap produk keluaran usahawan tempatan. Ia dapat membantu usahawan dalam mempromosikan produk keluaran mereka semasa jualan dan pameran seterusnya memperkenalkan produk masing-masing. Disamping itu bengkel keusahawanan dan ICT yang diadakan dapat memberi faedah yang besar kepada usahawan dalam mendalami ilmu keusahawanan dan ICT.


Karnival ini telah berjaya dilaksanakan pada 11 dan 12 Disember 2009 dimana melibatkan dua lokasi utama perlaksanaan. Lokasi yang dimaksudkan adalah Makmal Komputer Universiti Utara Malaysia yang digunakan bagi menjayakan Bengkel ICT serta Padang Awam Felda Bukit Tangga yang digunakan sepenuhnya sebagai tapak Karnival. Selain Bengkel ICT dan pameran serta jualan produk turut diadakan adalah seperti berikut;


Program Hari Pertama; 11 Disember 2009


Masa    ; 8.00 pagi hingga 6.30 petang

Bertempat di Makmal Komputer Universiti Utara Malaysia telah diadakan Bengkel ICT




Masa   :  8.00 pagi hingga 6.00 petang
Pertandingan dan peraduan ICT turut diadakan di booth urusetia dan PID. Antaranya adalah Peraduan Sudoku dan Peraduan Mengira Jumlah Barang ICT



Masa  : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Bertempat di ruang legar Dewan Serbaguna Felda Bukit Tangga berhampiran tapak Karnival telah dijalankan pertandingan Mewarna Kanak-Kanak yang berumur 12 tahun kebawah.



Masa  : 9.00 pagi hingga 7.00 petang
Bertempat di padang Bola Sepak bersebelahan Tapak Karnival telah berlangsung Perlawanan Bola Sepak 7 Sebelah dimana hadiah ditaja oleh TM. 



Masa   :  11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bertempat di Tapak Karnival telah di adakan beberapa aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak, ibubapa dan pengunjung karnival.



Masa   : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Bertempat di Bilik Mesyuarat Felda Bukit Tangga bersebelahan Tapak Karnival telah diadakan Bengkel Usahawan. Penceramah adalah dari MSC Malaysia, MARA dan SMIDEC.


Masa  :  4.00 petang hingga 6.00 petang
Bertempat di Tapak Karnival telah berlangsung acara sukaneka



Masa   : 8.30 malam

Bertempat di Tapak karnival telah diadakan acara persembahan Wayang Pacak


Program Hari Kedua; 12 Disember 2009



Masa   : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Bertempat di Ruang Legar Dewan Serbaguna diadakan Kempen Derma Darah oleh Hospital Jitra.





Masa  : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Booth urusetia dan PID mengadakan peraduan Sudoku dan Kira Jumlah Barang ICT





Masa  : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bertempat di Tapak Karnival telah diadakan acara sukaneka





Masa  : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bertempat di Tapak Karnival telah diadakan Pertandingan Explorace





Masa   : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Telah dijalankan acara Perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Johari b Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu. Turut hadir Pn. Faudziah Mohd Amin, Wakil KPKK dan En Andi Suswandi Wakil MSC Malaysia serta tetamu jemputan.






Masa  : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Bertempat di Tapak karnival telah diadakan Pameran dan Pertandingan Auto Show Kerata.





Masa  : 8.00 malam hingga 11.00 malam 
Bertempat di Tapak karnival telah diadakan acara pertunjukan warna-warni Audio Sistem Kereta.





Read more...

Pengenalan PID Bukit Kayu Hitam



Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam Kedah telah mula beroperasi pada 3 November 2003 bersama 42 cawangan lain diseluruh negara. Ia ditubuhkan dibawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) yang kemudian ditukar kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Pada pertengahan tahun 2009 PID  berada dibawah seliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) setelah Sektor Komunikasi telah berpindah ke Kementerian Penerangan hasil dari penstrukturan semula Kementerian pada pertengahan tahun 2009. Awal Penubuhannya ia bermatlamatkan Merapatkan Jurang Digital dikalangan masyarakat luar bandar dimana PID berperanan memberi latihan dan bimbingan ICT kepada komuniti luar bandar secara percuma.  Pada tahun 2008 PID telah dinaiktaraf dengan memberi tumpuan kepada aspek keusahawanan dimana disamping program berbentuk ICT, PID juga berperanan membimbing komuniti luar bandar mempelajari berkenaan keusahawanan. Bagi tujuan itu sebuah kelab telah diwujudkan iaitu Kelab Usahawan Sosial PID Bukit kayu Hitam bagi menggalakkan para usahawan menggunakan kemudahan ICT bagi tujuan mempromosi produk dan sebagainya.


PID Bukit Kayu Hitam dilengkapi dengan 7 unit komputer peribadi dan 2 unit laptop untuk kemudahan pengguna. Setiap Komputer disambungkan dengan kemudahan internet serta kemudahan Wifi secara percuma. Ini sekaligus  membolehkan penduduk sekitar Bukit Kayu Hitam khasnya dan pengguna amnya untuk mengakses maklumat. PID dikawalselia oleh seorang Pengurus dan dibantu seorang Penolong Pengurus yang dilantik oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi melatih dan membimbing komuniti.

Read more...

Pengenalan Pusat Komuniti ITU-UUM

Penubuhan Pusat Komuniti ITU-UUM bermula awal 2009, iaitu hasil dari sumbangan Komputer sebanyak 8 unit dari SKMM untuk kemudahan komuniti. Pemilihan Kampung Tradisi Lembah Keriang bagi menerima kemudahan ini berdasarkan kemudahan asas yang sedia ada di sini bagi dijadikan sebuah Pusat Komuniti ICT serta kerjasama yang erat dari pihak JKKK Kg Tradisi Lembah Keriang sendiri yang bersedia menanggung segala kos operasi termasuk bil talian internet. Pusat ini telah ditempatkan dalam sebuah bilik yang boleh memuatkan 8 unit komputer desktop serta berada di kawasan Masjid sendiri. Ia diuruskan oleh seorang Pengurus dan Penolong Pengurus dari pihak ITU-UUM sendiri bagi menjalankan sebarang aktiviti latihan kepada komuniti.

Pusat Kecemerlangan International Telecommunications Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pasific telah memulakan operasinya pada 2 Januari 2007. Pusat ini memberikan perkhidmatan khusus kepada pembangunan masyarakat luar bandar merentasi rantau Asia Pasific. Teras aktiviti ITU-UUM adalah membekalkan program latihan eksekutif, gudang pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan, dan perkhidmatan perundingan. Peranan pembangunan ICT yang disediakan adalah seperti berikut:
a. Perkhidmatan dan Aplikasi: Termasuk e-kerajaan, e-perkhidmatan, e-demokrasi, Pengetahuan Digital
b. Dasar dan Perundangan: Merangkumi Pembangunan Polisi dan Pelan Kebangsaan, Harta Intelektual, isu-isu kejantinaan
c. Teknologi: Teknologi terkini termasuk wayar dan tanpa wayar, jalurlebar, operasi dan pengurusan rangkaian
Penubuhan Pusat Kecemerlangan di bawah Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) akan memberikan faedah yang cemerlang kepada negara-negara membangun. ITU-UUM juga menumpukan kepada pengurusan sumber manusia sedia ada di sektor awam, swasta atau institusi berkanun yang berkaitan dengan telekomunikasi dan sektor teknologi maklumat dengan tujuan membantu membangunkan negara-negara terbabit

Read more...

Bengkel Usahawan

Pada jam 2.30 petang hari pertama 11 Disember 2009 turut diadakan adalah Bengkel Usahawan dimana telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Felda Bukit Tangga. Seramai tiga orang penceramah telah diundang bagi memberi ceramah berkenaan kemudahan dan peranan agensi yang terlibat. Antaranya adalah dari MSC Malaysia, MARA dan SMIDEC. Penyertaan kalangan usahawan amat menggalakkan dimana seramai 15 orang peserta.

Senarai Peserta




Gambar Bengkel










Read more...

Pertandingan Mewarna


Sempena Karnival Usahawan & ICT, Satu Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak telah dijalankan pada 11 Disember 2009 bermula jam 8.30 pagi bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam. Pertandingan terbuka kepada dua kategori iaitu Kategori A (berumur 6 tahun kebawah) dan Kategori B ( berumur 7 - 12 tahun). Penyertaan acara mewarna ini amat menggalakkan dimana seramai 68 peserta telah hadir untuk menyertai pertandingan. Pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi.

Senarai Peserta


Senarai Pemenang



 


Read more...

Kempen Derma Darah

>> Wednesday, 30 December 2009


Kempen Derma Darah adalah salah satu aktiviti yang turut diadakan di tapak Karnival dimana ia telah dijayakan oleh Hospital Jitra. Kempen ini telah diadakan pada 12.12.2009 dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dimana berjaya menarik lebih 20 orang penderma. Ia sedikit sebanyak dapat membantu pihak Hospital dalam usaha menarik penderma baru bagi menderma darah.

Read more...

Penaja

Senarai penaja yang turut menjayakan Karnival adalah seperti berikut;


  1. MSC Malaysia - Penaja Utama RM10000.00
  2. Telekom Malaysia Berhad - Wang tunai RM2000.00
  3. Pernec Paypoint -Wang Tunai RM450.00
  4. Jesin Group - Wang Tunai RM450.00
  5. Universiti Utara Malaysia - Makmal Komputer
  6. Felda Bukit Tangga - Dewan Serbaguna dan Kawasan Padang
  7. e-Star Stationery Enterprise - Alattulis
  8. Jabatan Kerja Raya - Khemah, Meja dan Kerusi
  9. Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Penceramah Bengkel Usahawan
  10. SME Corp - Penceramah Bengkel Usahawan
  11. Kedah FM - Iklan Radio dan Temuramah di Radio
  12. CNI - Wang Tunai RM200.00
  13. Celcom - Wang Tunai RM200.00

Read more...

Bengkel ICT

>> Thursday, 24 December 2009

Tarikh    : 11 Disember 2009.
Masa     : 8.00 pagi hingga 6.30 petang
Tempat  : Makmal Komputer Universiti Utara Malaysia








Bengkel ICT telah dijalankan di Makmal Bestari Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, UUM. Bengkel ini telah menarik penyertaan seramai 36 orang daripada pelbagai peringkat dan latarbelakang. Antaranya, penduduk luar bandar sekitar UUM yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM, usahawan-usahawan, AJK Masjid dan pesara, pelajar serta kakitangan UUM dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.


Modul yang diajar adalah seperti berikut:
----------------------------------------------------------

0800 – 0830 Majlis Perasmian / Taklimat Program

0830 – 1000 Modul 1 :Membina Blog
1000 – 1030 Modul 2 : Merekacipta / Inkscape

1030 – 1045 Minum Pagi

1045 – 1130 Sambungan Modul 2 : Merekacipta / Inkscape
1130 – 1230 Modul 3 : Menyunting Gambar / Photoscape

1230 – 0100 Latihan Dan Pertandingan (Blog dan Poster)
0100 – 0230 Rehat/ Sembahyang Jumaat

0230 – 0300 Modul 4 : Merekod Audio / Audacity

0300 – 0430 Modul 5 : Penceritaan Digital (DST) / Photostory

0430 – 0530 Latihan Dan Pertandingan DST

0530 – 0600 Minum Petang / Bersurai

----------------------------------------------------------
Peserta bengkel;










Mereka dilihat amat berminat dengan bengkel ini dengan memberi penumpuan kepada pembelajaran yang disampaikan oleh En Faidhan dan Cik Rosminzana di mana mereka didatangkan khas daripada MSC Malaysia.


Selaras dengan konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh PM Dato' Seri Najib Tun Razak, pelbagai kaum dan ras dapat dilihat semasa menghadiri bengkel ICT ini.


Terima kasih kepada pihak MSC Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Warisan Global kerana memberikan peluang untuk menganjurkan bengkel ICT ini di UUM.


Pemenang2 adalah seperti berikut:


Pertandingan Blog





Pertandingan DST

1. Fauziah Omar
2. Siti Zalikha Zhukhi
3. Mime Azrina Jaafar




Pertandingan Poster

1. Rafidah Jaafar
2. Khalid Robidi
3. Teoh Al Huay
Tahniah kepada pemenang2..!!


Gambar Sekitar Bengkel ICT


























Read more...

Wayang Pacak

>> Tuesday, 22 December 2009

Sedutan dari pesembahan yang telah diadakan



Pada malam pertama program telah diadakan persembahan Wayang Pacak iaitu Wayang Kulit Sri Asun Jitra Kedah dengan menggunakan kaedah Digital. Persembahan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar diman mereka telah hadir beramai-ramai untuk menonton persembahan yang telah diadakan.


Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP